Blog Menarik 2013 - Sharafie[dot]Net

Blog Menarik 2013
Ini merupakan review untuk seorang blogger yang talah lama menjadi kawan aku sejak blog ini ditubuhkan. Beliau banyak memberi sokongan terhadap blog ini dari dulu sehingga sekarang. Walaupun blog ini tdiak mempunyai banyak entri tapi blog ini masih wujud sehingga ke hari ini.

Cukup untuk permulaan ayat. Blog kawan aku ni bernama Sharafie[dot]Net. Blog beliau masih baru bertapak dalam dunia blogging ni. Bagi aku blog Sharafie[dot]Net ni boleh dikategorikan sebagai blog menarik untuk permulaan tahun 2013 kerana blog beliau sangat ringkah dan warna yang dipilih juga agak menarik walaupun nampak macam theme budak².

Blog menarik 2013 Sharafie[dot]Net wajib korang kunjungi kerana terdapat pelbagai info² menarik yang boleh korang lihat. Beliau mempunyai blog menarik kerana cara penulisan beliau sangat mudah difahami bagi aku la sebab aku pun kurang membaca sekarang ni. 


Salah satu info yang menarik perlu korang tengok adalah mengenai Kawasaki ER6n 2012 Kepuasan Menunggang. Aku baca pasal entri pun dah cukup membayangkan macam mana dia bawa motor tu berjalan-jalan. Rasa teringin juga nak membeli motor ER6N 2012 ni.

Selain tu korang boleh juga cek entri Kebaikan Dan Keburukan Perkhidmatan Yes 4G Wifi Broadband dan juga New Wifi Broadband Maxis Mengecewakan untuk memastikan korang memilih servis talian internet yang memuaskan hati. Memang boleh dikategorikan sebagai blog menarik 2013 ni.

Jika korang minat memasak, korang boleh lawat entri Pemanggang Ajaib (Ikan) – Review yang menceritakan mengenai pemanggang ajaib yang sememangnya ajaib untuk dibeli. Korang boleh la mengetahui tentang alat tersebut dengan lebih lanjut di halaman Sharafie[dot]Net tu yer. Menarik bukan blog beliau.

Sharafie[dot]Net juga memaparkan isu² semasa yang berlaku sekarang ni seperti Rokok Elektronik – Menjual Dan Mengedar Akan Di Denda dan korang boleh tahu la pasal apa rokok elektronik ni diharamkan oleh kerajaan Malaysia dengan membaca cerita sepenuhnya di blog beliau. Masih belum cukup lagi untuk disenaraikan dalam blog menarik 2013?

Terdapat juga lirik lagu masa kini yang di kongsikan oleh beliau seperti Lirik Lagu Sayang – Shae yang kian dinyakikan oleh anak muda sekarang. Banyak lagi yang beliau kongsikan tapi takkan aku nak senaraikan semuanya kat sini kan. Korang kalau ingin membaca pergi lah ke blog beliau yang semestinya blog menarik 2013.

Akhir sekali penulis blog Sharafie[dot]Net juga berkongsi cerita mengenai pengalaman beliau sepanjang bekerja, pahit manis kehidupan yang beliau lalui. Beliau juga berkongsi pendapat beliau mengenai isu² semasa. Aku tahu masih banyak lagi yang beliau ingin kongsikan kepada pembaca² blog beliau selagi beliau berada di dalam dunia blogging ni.

Sahaja review aku mengenai Blog Menarik 2013 ni. Aku harap Sharafie[dot]Net berpuas hati dengan review yang aku berikan ini. Semoga ko terus berjaya di masa-masa akan datang. Sekian, terima kasih.